Siput Sedut Masak Lemak Keladi

Ramuan / Bahan

1 kilo siput sedut
1 biji santan kelapa
10 - 15 biji cili api*
6 ulas bawang merah*
1 batang serai
2 cm kunyit hidup* @ ½ suduh teh serbuk kunyit
3 pokok keladi hitam/hijau
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

* Ditumbuk/kisar.

Cara-cara

1. Siput diremdam sehari semalam supaya kotorannya keluar setelah itu dipotong ekornya dan dicuci bersih.
2. Keladi disiat/buang lapisan kulitnya & dipotong-potong sepanjang 2 - 3 inci & direbus bersama 5 - 8 keping asam gelugor sehingga keluar buih & ditoskan.
3. Masuk bahan yang telah ditumbuk/kisar & serai yang dititik, 3 keping asam gelugor ke dalam belanga/periuk dan digoreng tanpa minyak untuk beberapa minit.
4. Masukkan santan, siput sedut, keladi, garam dan biarkan ia sehingga mendidih & angkat.