Sate Sotong

Ramuan / Bahan

10 biji bebola sotong
1 ekor sotong kembang, dicelur dan dipotong mengikut suka
20 gm kicap pekat
200 gm cili boh
100 gm sos tiram
20 gm otak udang 100 gm puri tomato
50 gm bawang putih, dikisar
200 gm minyak
5 batang lidi sate
Gula dan garam secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bebola sotong dan ketepikan. Tumis bawang putih sehingga kuning. Masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, kicap pekat, otak udang, puri tomato, garam dan gula. Kacau rata hingga mendidih. Jika kuah terlalu pekat tambah sedikit air panas. Bebola sotong yang telah digoreng dicucukkan pada lidi berselang seli dengan sotong kembang. Kemudian celupkan lidi bebola sotong sotong kembang di dalam kuah sate.