Satay Kerang

Ramuan / Bahan

1.2 kg kerang
1 batang serai
300 gm kacang jawa
2 sudu makan cili boh
1 genggam bawang merah
1 keping gula melaka 3 hiris lengkuas
2 ulas bawang putih
Garam dan ajinomoto
2 senduk minyak kelapa
Sedikit kunyit serbuk
1 genggam lidi untuk penyucuk

Cara-cara

Kerang dibersihkan kemudian direbus dengan sedikit air dan garam. Setelah itu kerang ditoskan dan ambil isinya sahaja. Lengkuas, bawang putih dan sedikit gula melaka ditumbuk lumat. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Setelah itu bahan yang telah digaul ini dicampurkan pula dengan isi kerang. Gaulkan biar kerang sebati dengan bahan itu. Biarkan sekejap. Kemudian ambilkan lidi dan cucukkan kerang itu dan bakar. Masukkan sedikit minyak di dalam satu bekas. Serai diketuk-ketukan dan celup dalam bekas minyak tadi. Kemudian renjiskan pada sate yang sedang dibakar. Bakarlah sehingga masak.

Cara membuat kuah:
Kacang jawa digoreng. Setelah itu buang kulitnya dan ditumbuk hingga lumat. Bawang merah ditumbuk. masukkan minyak dalam periuk. Tumiskan cili boh dan bawang. Kemudian masukkan 1 mangkuk air, kacang jawa, gula melaka, ajinomoto dan garam. Masaklah sehingga kuah pekat dan berminyak-minyak. Setelah itu bolehlah angkat.