Sambal Udang Sos Tiram

Ramuan / Bahan

400 gm udang sederhana besar
20 tangkai cili kering (dikisar halus)
5 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Udang dibuang kulit dan dibasuh bersih.

Panaskan minyak dan tumis cili kering serta bawang merah yang dikisar halus. Biar sehingga cili betu-betul masak.

Masukkan sos tiram, sos tomato, air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah pekat sedikit baru masukkan udang. Angkat bila udang mulai kecut dan kuah agak pekat.