Sambal Udang Istimewa

Ramuan / Bahan

½ kg udang, sederhana besarnya
5 camca besar cili boh atau cili serbuk
4 ulas bawang putih
½ cawan air asam jawa
1 camca besar gula ¼ cawan minyak
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 camca kecil garam
5 helai daun limau purut

Cara-cara

Kisar bawang besar, bawang putih dan serai hingga lumat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili boh hingga wangi. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau hingga rata. Apabila pecah minyak, baru masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan daun limau purut dan gula. Kacau hingga rata. Setelah cukup masak baru angkat dan hidangkan.