Sambal Udang Bercuka

Ramuan / Bahan

½ kg udang (dicuci setelah itu digaul dengan sedikit garam kemudian dicucuk dengan lidi dari bahagian kepala ke ekor)
2 labu bawang besar
1 camca sedang cuka
1 camca kecil gula
6 biji cili merah dan hijau
½ cawan minyak
1 camca sedang ketumbar (digiling) 2.5 sm halia (digiling)
4 biji cili kering (digiling)
3 ulas bawang putih (digiling)
5 biji buah keras (digiling)
8 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
1 camca sedang jintan manis

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali kemudian gorengkan udang sampai masak, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak untuk menggoreng udang tadi. Setelah itu tumiskan pula bahan-bahan yang digiling lumat. Bila telah naik baunya, masukkan 1/2 gelas air sambil dikacau-kacau hingga menjadi rata. Masukkan pula cuka, gula dan garam. Masukkan pula bawang yang telah dibelah empat. Setelah itu bolehlah diangkat.