Sambal Goreng Rendang Darat

Ramuan / Bahan

200 gm udang sederhana besar
100 gm kacang panjang
5 bungkus tempe
3 sudu besar kerisik kelapa
2 cawan santan pekat
8 biji cili hijau
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
2 cm halia(ditumbuk halus)
2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara

Buang kulit udang,cuci bersih,potong kacang 3cm panjang.Tempe dipotong sederhana kecil. Tumiskan bawang putih & halia serta hirisan bawang merah kecil
hingga kuning.Kemudian masukkan hirisan cili hijau.Gaul rata & masukkan udang, serbuk kunyit & tempe.Tumis sebentar & masukkan pula santan pekat.Selepas itu masukkan garam,kerisik kelapa & kacang panjang.Kecilkan api & biarkan santan tadi kering & kesemua bahan menjadi lembut.(Jangan Khuatir kacang panjang & tempe tidak akan hancur)