Sambal Garing Bebola Sotong

Ramuan / Bahan

10 biji bebola sotong
3 keping tempe
4 ekor sotong sedang (potong bulat nipis)
5 ulas bawang merah (tumbuk lumat) 2 sudu besar cili kering giling
Minyak masak
Garam

Cara-cara

Tempe dipotong dadu dan digoreng dahulu.

Basuh bebola sotong dan buang serbuk roti yang membalut bebola. Setelah itu goreng garing.

Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta cili kering giling hingga garing.

Masukkan tempe dan bebola sotong serta garam secukupnya. Biarkan betul-betul kering barulah diangkat.