Rendang Udang Negeri Sembilan

Ramuan / Bahan

600 ml pati santan
1 kg udang galah
1 keping asam gelugur
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula Bahan-bahan dikisar:

15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
3 batang serai
5 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
20 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara-cara

Jerang santan bersama bahan-bahan kisar hingga mendidih dan pekat.

Masukkan udang dan asam gelugur. Kacau hingga udang masak.

Masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula. Kacau lagi dan biar hingga masak.