Rendang Udang

Ramuan / Bahan

600 gm udang basah
2 batang serai
4 helai daun kunyit
37.8 gm cili kering 1 biji kelapa
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam

Cara-cara

Udang dibersihkan kemudian dibasuh & toskan airnya. Cili kering ditumbuk lumat bersama-sama sedikit serbuk kunyit
Ambil kira-kira segenggam kelapa parut kemudian tumbuk bersama cili tadi, serai, bawang merah, bawang putih, hingga lumat. Kunyit dimayang halus. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan udang hingga rata. Kelapa diperah
ambil pati santannya. Masukkan udang yang digaul tadi, ke dalam periuk, kemudian tuangkan pati santan, asam gelugur & garam serta daun kunyit yang dimayang. Jerang periuk atas dapur &masak hingga mendidih & kering. Angkat & hiaslah ikut suka.