Rendang Pedas Udang Galah

Ramuan / Bahan

600 gm udang galah, sederhana besar
½ liter santan
150 gm minyak masak
50 gm gula
2 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
150 gm kerisik Bahan-bahan digiling halus:
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
100 gm serai
60 gm lengkuas
50 gm halia
50 gm cili padi
50 gm cili kering

Cara-cara

Bersihkan udang. Buang tahi di kepalanya. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan santan, kerisik dan garam. Biar mendidih. Kacau supaya tidak melekat di kuali. Apabila pekat masukkan udang dan daun kunyit. Perlahankan api. Biar hingga udang betul-betul masak baru diangkat.