Cherry Mixed Nut

Ramuan / Bahan

500 gm mentega
540 gm tepung gandum
340 gm gula halus
2 biji kuning telur
140 gm badam dicincang kasar
140 gm gajus dicincang kasar
140 gm pistachio dicincang kasar
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit ceri merah di potong untuk hiasan

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur dan esen vanilla.Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan kesemua kacang tadi.Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan kedalam acuan.Buat hingga adunan habis.
Akhir sekali bakar selama 15-20 min atau hingga kekuningan.