Rendang Pedas Lokan

Ramuan / Bahan

1 kilo lokan
2 biji kelapa
12 biji cili merah
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 2 keping asam gelugur
2 batang serai
½ cawan kecil gula
1 helai daun kunyit

Cara-cara

Bersihkan lokan dan buang kulit yang terlekat pada isi lokan. Kelapa yang sudah diparut, diketepikan satu piring. Selebihnya diperah ambil santannya. Semua perencah lain dihiris halus. Campurkan semua bahan ke dalam kuali. Masak sampai mendidih dan biarkan kuahnya pekat sedikit. Kemudian dibubuh gula, asam gelugur dan garam. Hidangkan.