Rendang Pedas Kerang

Ramuan / Bahan

Bahan dihiris halus:

5 batang serai
3 inci halia
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit 1 kg kerang (direbus isinya)
½ kg kacang panjang (dipotong serong)
20 biji cili kering (dikisar)
1 kg santan
Garam

Cara-cara

Masukkan isi kerang rebus ke dalam kuali bersama bahan hirisan.

Campurkan sekali cili kering yang telah dikisar. Masukkan santan.

Apabila mendidih, masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa.

Masak hingga agak kering dan pekat.

Angkat dan hidangkan.