Pais Udang Galah

Ramuan / Bahan

7 ekor udang galah sederhana besar
½ biji kelapa parut
2 cm kunyit hidup
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
6 ulas bawang merah
1 batang serai (dimayang halus) 6 biji cili padi
4 biji cili merah
1 helai daun pisang (untuk membungkus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Udang galah dibelah di bahagian belakang. Gaul kelapa parut dengan semua bahan.

Sumbat kelapa di bahagian belakang udang. Bingkus udang dengan daun pisang.

Kukus di dalam ketuhar dalam suhu 150 darjah Celcius selama 15 minit. Hidangkan dengan hiasan mengikut selera.