Pais Udang Galah

Ramuan / Bahan

7 ekor udang galah sederhana besar
½ biji kelapa parut
2 cm kunyit hidup
Sehelai daun kunyit - dimayang halus
6 ulas bawang merah Sebatang serai - dimayang halus
6 biji cili padi - dikisar
4 biji cili merah - dikisar
Sehelai daun pisang untuk membungkus
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Udang galah dibelah di bahagian belakang. Gaul kelapa parut dengan semua bahan. Sumbat kelapa di bahagian belakang udang. Bungkus udang dengan daun pisang. Kukus di dalam ketuhar dalam suhu 150'C selama 15 minit. Hidangkan dengan hiasan mengikut selera.