Otak

Ramuan / Bahan

300 gm ikan tenggiri,
300 gm udang, dibuang kulit
3 biji telur
3 cawan santan
1 camca teh gula dan garam
4 helai daun kunyit, dihiris halus
4 helai daun limau purut, dihiris halus
Daun pisang, dipotong 17 cm x 9 cm Bahan dikisar:-
5 cm kunyit hidup
5 biji cili merah, dibuang biji
10 hiris lengkuas
5 biji buah keras
5 batang serai
2 ulas bawang putih
8 biji bawang merah
3 cm belacan

Cara-cara

Cincang isi ikan tenggiri dan udang hingga halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Satukan bahan-bahan dikisar dan telur bersama isi ikan dan udang tadi. Gaul hingga sebati. Masukkan santan, gula, garam, daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata. Ambil secamca besar adunan dan bungkus di dalam daun pisang. Buat hingga habis. Panggang 15 minit di atas api atau kukus 10 minit.