Musamah Udang Galah

Ramuan / Bahan

½ kilo udang
2 ½ sudu besar rempah kari daging
½ sudu kecil jintan manis (dikisar)
½ sudu kecil lada hitam (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dkisar)
sekeping asam keping
½ cawan santan
garam/gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
sedikit air
1 biji tomato (dipotong dadu)


Cara-cara

Udang dibersih(tidak perlu dibuang kulit). Panaskan minyak, tumis bahan2 yg dikisar tadi hingga naik bau dan masukkan rempah yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga naik minyak. Masukkan udang. Masukkan santan, tunggu hingga mendidih, masukkan tomato,asam keping,gula dan garam secukup rasa.Masak hingga agak likat