Lala Tumis Kering

Ramuan / Bahan

600 gm lala
5 sudu makan cili kering
4 sudu tomato sos
1½ sudu makan bawang merah yang ditumbuk 1 sudu makan bawang putih serta halia yang sudah ditumbuk
Garam serta serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Lala dibersihkan. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk serta cili giling. Masukkan tomato sos. Kacau hingga rata. Setelah itu masukkan lala, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau bahan ini hingga sebati dan rata. Apabila lala telah terbuka dan kulitnya kemerah-merahan, bolehlah diangkat. Taburkan dengan daun sup apabila hendak dihidangkan.