Lala Tumis

Ramuan / Bahan

1 kilo lala - bersihkan
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris 1 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos tomato
garam + air secukupnya

Cara-cara

Pijarkan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan cili boh dan gaul hingga cili masak.

Masukkan sos tomato dan lala.

Masukkan garam (dan air jika perlu).

Gaul sebati dan angkat

Sedia untuk dihidang.