Lala Rebus

Ramuan / Bahan

500 gm lala
2 cawan air
3 batang serai (diketuk pangkalnya) 1 sudu kecil serbuk lada sulah
30 gm suun (direndam hingga lembut)

Cara-cara

Masukkan air, lala, suun & serai ke dalam periuk. Tutup periuk. Masak kesemua bahan tersebut. Setelah air mendidih & kulit lala terbuka, masukkan serbuk lada sulah. Kacau sehingga sebati. Setelah masak, angkatkan. Hidangkan bersama lauk-lauk lain.