Lala masak tauchu

Ramuan / Bahan

1 kilo lala/kupang (di cuci)

2 biji bawang besar

1 biji bawang putih

2 inci halia

2 sudu besar tauchu



2 biji cili merah besar

1 sudu kecil gula.

5 sudu besar minyak masak

ΒΌ cawan air

Cara-cara

Bawang besar dimayang.
Bawang putih, halia, tauchu di kisar.

Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumiskan bahan kisar dan bawang
besar hingga naik bau, kemudian masukkan kupang / lala. Kacau hingga sebati , masukkan air .Tutup kuali , biar hingga kupang / lala tadi terbuka...taburkan cili besar.