Lala Masak Lemak Cili Api

Ramuan / Bahan

lala (suku kilo)
sebatang serai - diketuk
suku ibu jari halia - diketuk /di tumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih -ditumbuk
5 biji cili api-ditumbuk
sedikit kunyit - ditumbuk
sedikit santan (cair) atau susu rendah lemak, satu cawan. setengah biji limau nipis
buah tomato kecil dalam 6 biji, atau sebiji tomato besar di belah enam.
garam
gula
bahan perasa
sedikit daun kunyit (pucuk) - dihiris

Cara-cara

-panaskan kuali
-masukkan bahan yang ditumbuk didalam kuali.
-kalau guna santan, masukkan sedikit santan kedalam kuali soalah menumis bahan tadi dengan santan.
-Jika guna susu, masukkan sedikit minyak (satu sudu) untuk menumis bahan.
-Masukkan serai.
-kacau hingga mendidih.
-masukkan lala yang telah bersih kedalam kuali dan tutup kuali dalam 1 minit.
-masukkan garam, gula dan bahan perasa.
-perah limau kasturi (sebelah).
-buka kuali dan taburkan daun kunyit keatas hidangan.