Lala Masak Berlada

Ramuan / Bahan

1 kg lala
300 gm cili boh
6 tangkai cili merah
20 gm belacan, dibakar
100 gm minyak Bahan-bahan kisar:
250 gm bawang merah
150 gm bawang besar
7 sm lengkuas
3 batang serai

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau hingga garing. Masukkan belacan bakar. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan lala dan kacau hingga mendidih. Akhir sekali masukkan cili merah yang dibelah.