Lala Goreng Halia

Ramuan / Bahan

1 kg lala segar
3 cm halia
3 sudu besar cili boh
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 cm asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-cara

1) Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus.

2) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.

3) Masukkan cili boh dan tumis lagi.

4) Masukkan lala, asam keping dan gaul sebentar supaya sebati dengan bahan tumis.

5) Masukkan sedikit air supaya lala masak.

6) Akhir sekali masukkan garam, gula dan bawang besar yang dipotong ring.

7) Apabila lala mula terbuka ia menandakannya sudah masak.