Ketam Masam Manis

Ramuan / Bahan

bahan (A)
2 ulas bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
4 batang serai
1 ketul halia
3 biji cili
cili kering

(kesemua bahan ini di kisar tapi jangan terlalu halus) bahan (B)
5 ekor ketam jantan
2 biji cili merah di potong
1 biji tomato
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
daun bawang
daun sup
bawang goreng

Cara-cara

goreng ketam terlebih dahulu.ketepikan seterusnya panaskan minyak dan tumis bahan (A) yang telah di kisar kasar,tumis hingga pecah minyak atau naik baunya,kemudian masukkan garam,gula,sos tomato, sos cili dan ajinomoto secukup rasa biarkan hingga mendidih dan masukkan ketam yang digoreng tadi biarkan hingga masak,sedia untuk di hidang