Ketam Masala

Ramuan / Bahan

500 gm ketam bunga
3 sudu besar yogurt
1 tangkai daun kari
6 sudu besar minyak Bahan-bahan dikisar:

3 biji bawang besar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 tangkai cili kering
5 gm jintan manis
5 gm jintan putih
5 ulas bawang putih
5 gm ketumbar

Cara-cara

Ketam dibasuh dan dibelah dua.

Gaul ketam bersama separuh bahan kisar. Kemudian goreng ketam.

Separuh lagi bahan kisar ditumis bersama daun kari. Apabila wangi, masukkan yogurt dan ketam. Kacau rata hingga masak.