Ketam Masak Tomato

Ramuan / Bahan

1 kg ketam (dibersihkan)
1 mangkuk santan pekat
5 ulas bawang besar ]
6 ulas bawang putih ] digiling
7 biji cili merah ]
1 sudu teh kunyit serbuk ] 1 batang serai (dititik)
4 keping asam gelugur
4 sudu besar tomato sos
1 pokok daun bawang ] dihiris
1 pokok daun sup ]
sedikit garam dan gula

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga garing. Masukkan tomato sos, gula dan ketam. Masak hingga keluar airnya. Masukkan santan, serai, garam dan asam gelugur kacau rata-rata dan biarkan sampai mendidih. Sebelum diangkat taburkan daun bawang serta daun sup.