Ketam Masak Padang

Ramuan / Bahan

600 gm ketam (dipotong dua)
2.5 sm kunyit hidup ]
20 biji cili padi ] digiling
10 ulas bawnag merah ]
2 biji kelapa parut 2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 helai daum kunyit
Garam secukupnya

Cara-cara

Kelapa diperah asingkan santan cair dan pati santannya. Masukkan santan cair, asam, daun kunyit, serai dan bahan giling ke dalam periuk. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan ketam dan garam serta kacau perlahan-lahan. Bila ketam telah masak barulah tuangkan pati santannya.