Ketam Masak Manis

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan Disatukan:
½ sudu besar tepung jagung
2 gelas air
2 sudu sos tomato
1 biji telur dipukul sedikit 2 ekor ketam
½ sudu besar cili giling
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat

Cara-cara

Ketam dibersihkan. Kalau suka boleh dipotong 2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih serta cili giling hingga garing sedikit. Setelah itu masukkan ketam serta garam secukupnya. Biarkan hingga ketam masak sedikit. Satukan tepung jagung, air, sos tomato. Kemudian tuangkan bancuhan tepung jagung ini ke dalam ketam. Setelah itu masukkan pula telur yang dipukul sedikit. Rasa garamnya & angkat.
Hiaslah ketam dengan daun saderi, cili bunga & tomato.