Ketam Masak Lemak Nenas

Ramuan / Bahan

4 Ekor Ketam
½ biji nenas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ inci kuntit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji santan
garam secukup rasa
serbuk perasa

Cara-cara

Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk. Masukkan bahan yang telah diblender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk berisi nenas dan ketam tadi. Kemudian tutup periuk dan buka api dengan perlahan. setelah air dari bahan yang diblender dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Didih kan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.