Ketam Goreng Rempah

Ramuan / Bahan

4 ekor ketam
2 biji bawang besar (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 cm lengkuas (dikisar) 2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar lada putih
3 sudu besar serbuk kari
20 gm tepung jagung
Garam secukup rasa
2 biji telur

Cara-cara

Gaulkan ketam bersama semua bahan di atas. Bubuhkan garam secukup rasa dan digoreng bersama minyak panas. Atur di dalam pinggan dan hias sesedap mata.