Ketam Goreng Cili Berjintan

Ramuan / Bahan

5 ekor ketam bunga
15 gm cili kering(dikisar halus)
8 ulas bawang merah(dikisar halus)
1 ulas bawang putih(dikisar halus)
2 cm belacan(dikisar halus) 2 cm halia(dikisar halus)
2 sudu makan jintan putih(dikisar halus)
4 keping asam gelugur
¾ cawan minyak
Garam, gula, serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Ketam dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak kemudian goreng ketam sehingga masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar & kacau sehingga berbau wangi. Masukkan asam gelugur, serbuk perasa, gula & garam. Kacau hingga rata. Apabila pecah minyak,
masukkan ketam. Kacau hingga rata & angkat. Hidang panas-panas bersama-sama nasi.