Ketam Dan Udang Bersos

Ramuan / Bahan

200 gm ketam
200 udang harimau
150gm brokoli
10 gm cendawan hitam
10 gm lada benggala kuning
10 gm lada benggala merah
10 gm daun kucai
10 gm cili merah
10 gm daun sup
1 gm lada hitam 5 gm daun selasih
100 gm sos cili - bahan sos
100 gm sos tomato - bahan sos
50 gm sos tiram - bahan sos
20 gm sos S.P - bahan sos
20 gm gula - bahan sos
1 gm serbuk perasa - bahan sos
1 cawan stok ikan - bahan sos
Sedikit tepung jagung - bahan sos

Cara-cara

Gaulkan udang yang dibuang kulit dan ketan dengan lada hitam. Goreng di dalam minyak panas hingga masak. Sejat dan ketepikan. Celur brokoli dan hiris memanjang cendawan, lada benggala kuning dan merah, cili merah dan daun sup. Susun udang, sayur dan ketam di dalam pinggan. Didih stok ikan dan masukkan bahan-bahan sos. Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan. Tuang ia pada ketam dan udang tadi. Hidangkan.