Ketam Daging Cincang

Ramuan / Bahan

50 gm isi ketam
50 gm udang
1 batang tauhu telur (dipotong bulat)
3 sudu besar daging cincang
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa Bahan Kisar:
2 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
½ biji tomato
Sedikit ikan bilis

Cara-cara

Campurkan kesemua Bahan Kisar & gaul hingga sebati. Masukkan isi ketam, udang, daging cincang, serbuk lada sulah & garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. Ambil sedikit bahan, isikan ke dalam kulit ketam. Letakkan tauhu telur diatasnya. Didihkan air di pengukus, kukus ketam sehingga benar-benar masak. Angkat & hidangkan.