KERANG REBUS SOS ISTIMEWA

Ramuan / Bahan

Kerang
Cili Boh- 1 peket sederhana besar
Bawang Besar- 1 Biji(kisar)
Bawang Putih- 20 Ulas(kisar)
Halia - 5 cm (kisar)
Cili Padi- 25 Biji (kisar)
*Kacang Tanah- 1 Mangkuk ( goreng dan ditumbuk kasar)*
Sedikit air
Cuka- 3 sudu makan
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara

Rebus kerang sehingga masak.
Untuk memasak sos, campurkan cili boh, air dan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. Bila hampir mendidih, masukkan cuka, garam, gula,dan serbuk perasa mengikut citarasa.Bila sos siap, boleh la dimakan bersama kerang rebus.