Kerang Rebus Serai

Ramuan / Bahan

1kg kerang
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 tangkai daun sup
semangkuk air
sedikit garam bahan untuk membuat sambal kicap

20 biji cili padi
1 ulas bawang putih
kicap lemak

Cara-cara

Hiris bawang kecil dan bawang putih.Masukkan ke dalam periuk berisi air yang telah dijerang di atas api.Masukkan serai yang telah dititik(diketuk hingga pecah)dan garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan kerang yang telah dibasuh bersih. Biarkan selama 7 minit.Masukkan daun sup yang telah dihiris halus ke dalam periuk. Padamkan api.

Untuk membuat sambal kicap

Tumbuk cili padi bersama seulas bawang putih sehingga lumat. Gaulkan bersama kicap.