Kerang Masak Serai Wangi

Ramuan / Bahan

½ kilo kerang-dicuci bersih dan toskan
3 batang serai-dipotong halus-halus
1 labu bawang besar-dipotong 4
3 ulas bawang merah-hiris halus
2 ulas bawang putih-hiris halus
sedikit perasa maggi secukup Rasa
sos tiram
3 tangkai cili kering-dihiris
2 biji cili padi-diketuk
daun bawang
bawang goreng
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit gula melaka
sedikit air-jika bahan tumisan pekat

Cara-cara

Kerang dicuci bersih dan ditoskan.
Kemudian,tuangkan minyak untuk menumis,masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus tadi.masak hingga kekuningan dan naik bau.Kemudian masukkan daun serai,cili kering,cili padi dan daun bawang.kacau hingga sebati.kemudian masukkan sedikit garam,sedikit gula dan sedikit gula melaka.Kecikkan api,kemudian masukkan kerang,sos tiramdan perasa maggi secukup rasa.Balik-balikkan kerang di dalam kuali agar perancah tadi meresap kedalam kerang.Kemudian masukkan sedikit air agar bahan timisan tadi tidak terlalu pekat.Akhir sekali masukkan bawang besar.Tunggu sehingga kerang masak barulah boleh diangkat.Kemudian taburkan bawang goreng diatasnya.