Kerang Masak Serai

Ramuan / Bahan

2 kg kerang (direbus isinya)
½ kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
4 batang serai (dipoton nipis)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia 7 biji cili padi
7 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 keping asam keping

Cara-cara

Mesin halus bawnag merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, ketumbar, jintan putih dan jintan manis.

Panaskan minyak dan tumis bahan dimesin hingga wangi.

Masukkan kerang dan santan. Apabila mendidih, masukkan serai dan asam keping. Biar pekat baru angkat.