Kerang Masak Paprik Senang

Ramuan / Bahan

1 bungkus kerang
beberapa batang serai
1 labu bawang besar(ditumbuk kasar)
4 ulas bawang putih(ditumbuk kasar)
sedikit hirisan halia
3 helai daun limau purut(dicarik-carik)
segenggam cili kering(dimesin halus)
garam & gula
sos cili dan tomato
perasa(jika suka)

Cara-cara

1. Rebus kerang bersama sedikit air dan beberapa batang serai.
2. Setelah masak toskan.Buang serai.
panaskan kuali dengan sedikit minyak.
tumis semua bahan tumbuk.masukkan limau purut.masukkan cili biarkan seketika.masukkan garam dan gula serta sedikit perasa dan sedikit sos cili dan tomato.akhir masukkan kerang dan biar seketika.