Kari Udang Nanas

Ramuan / Bahan

5 camca besar minyak masak
2 batang serai, dititik
½ biji nenas, dihiris nipis sederhana besar
500 ml santan
15 ekor udang harimau bersihkan udang tanpa membuang kulitnya
250 ml pati santan 2 camca teh garam
8 biji cili merah (digiling lumat)
15 biji bawang merah (digiling lumat)
5 cm lengkuas (digiling lumat)
3 cm kunyit hidup (digiling lumat)
3 biji buah keras (digiling lumat)
Sedikit belacan (digiling lumat)

Cara-cara

Panaskan minyak masak didalam periuk. Masukkan serai dan tumis bahan giling hingga ia terbit bau dan terbit minyak. Masukkan nanas, kemudian tuangkan santan. Biar ia mendidih perlahan-lahan di atas api sederhana, lima minit. Masukkan udang, biar hingga udang masak. Kemudian tuang pati santan bersama garam. Kacau hingga semua bahan masak.