Kari Udang Berkentang

Ramuan / Bahan

600 gm udang yang sederhana besarnya
4 biji ubi kentang ] dibelah empat
2 labu bawang besar ]
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 sm halia
2.5 sm kunyit
½ cawan ketumbar digiling lumat
1 sudu teh jintan putih
4 biji cili kering
1 sudu teh lada sulah 2 senduk minyak kelapa
1 gelas santan kelapa
½ cawan air asam jawa
Gula, garam dan ajinomoto secukupnya

Bahan-bahan penumis:
2 kuntum bunga cengkih ]
2 biji buah pelaga ] digiling
2 kuntum bunga pekkak ]
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari

Cara-cara

Udang dibersihkan. Pijarkan minyak kelapa di dalam periuk dan tumiskan bawang putih. Setelah berbau, masukkan pula bahan-bahan penumis yang lain. Setelah garing masukkan daun kari dan rempah-rempah yang telah digiling lumat. Kacau-kacau hingga garing. Setelah itu masukkan santan, air asam jawa, gula, garam dan ajinomoto. Kacau lagi, setelah mendidih dan agak pekat masukkan pula udang, bawang besar dan kentang. Bila semuanya sudah empuk, pekat dan berminyak-minyak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.