Kari Udang Berdaun Pandan

Ramuan / Bahan

½kg udang besar
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji Cengkih
2 biji bunga lawang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbu ketumbar 4 ulas bawang merah-tumbuk halus
3 ulas bawang putih-tumbuk halus
1cm halia-tumbuk halus
2 Helai Daun Pandan
Daun kari
1 biji cili merah dibelah dua
Garam secukup rasa
Ajinomoto
Gula secukup rasa

Cara-cara

Tumiskan rempah tumis,bersama daun kari dan cili yang telah dibelah, bila wangi masukkan bahan yang telah ditumbuk.

Kemudian bila wangi masukkan serbuk kari bersama semua serbuk rempah. Setalah pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos ikan. Kemudian masukkan udang dan daun pandan.

Biarkan seketika hingga bau daun pandan keluar. Tambah garam, gula dan ajinomoto mengikut selera anda. Angkat kuali setelah ia mula memekat.