Kari Sotong Rendam

Ramuan / Bahan

1 ekor Sotong Rendam
1 peket kecil Serbuk Kari Ikan
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
½ inci Lengkuas
2 batang serai
Sedikit kacang tanah tumbuk
Sedikit minyak masak
Sedikit air

Cara-cara

Potong sotong rendam berbentuk segiempat tepat. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Titikkan serai dan tumis bersama bahan-bahan yg dikisar.

Setelah bahan tumisan wangi, masukkan serbuk kari ikan yg telah dilarutkan sedikit dengan air. Masak sehingga minyak pecah dan seleaps itu masukkan sotong yg telah dipotong.

Gaulkan sehingga masak dan masukkan kacang tanah tumbuk. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.