KARI KETAM

Ramuan / Bahan

5 ekor ketam
4 sudu besar rempah kari
3 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
4 cm halia (dikisar)
Sedikit daun kari
Air secukupnya
Minyak masak
Garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ketam dan sedikit air. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.