Kari Ketam

Ramuan / Bahan

1 kg ketam
4 biji ubi Kentang
2 paket kecil rempah ikan (Baba's)
1 cm kulit kayu manis
300 gm kelapa
2 biji tomato
5-6 sudu besar minyak masak
Daun kari
Garam 3 cm halia
6-8 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 (bahan tumis) bawang besar
1 sudu besar rempah kurma

Cara-cara

1. Bersihkan ketam ketepikan.

2. Kupas kentang belah 4 , tomato belah 2 dan bawang dihiris

3. Halia,bawang merah, bawang putih dikupas potong kisar halus

4. Kelapa diperah santan 6-7 cawan santan pekat diasingkan.

5. Campurkan rempah ikan ,rempah kurma, bahan kisar gaul sebati masukan air sedikit.

6. Panaskan minyak tumis kulit kayu manis, bawang dan daun kari masukan campuran rempah kacau hingga naik wangi / pecah minyak masukan ubi, santan cair dan garam biarkan mendidih.

7. Bila ubi separuh masak masukan ketam dan tomato -biar hingga masak.

8. Masukan santan pekat dan rasakan garam dan tutup api.