Kalio Udang Seri Menanti

Ramuan / Bahan

120 gm cili merah
90 gm buah tomato dibelah-belah
20 gm bawang putih
90 gm bawang merah
5 gm belacan
3 keping asam gelugur 800 gm udang kertas
5 gm gula
5 gm garam
2 sudu makan minyak masak
½ sudu makan air perahan limau nipis
90 gm baang besar dimayang bulat

Cara-cara

Bersihkan udang kemudian basuh dan toskan airnya. Setelah itu tumiskan di kuali sekejap. Setelah itu angkat dan ketepikan. Tumbuk cili merah, bawang putih, bawang merah dan belacan hingga lumat. Setelah itu tumiskan di dalam kuali, masukkan bawang besar dan daun bawang di dalamnya. Kacaukan hingga rata. Sesudah itu masukkan udang, garam, gula, asam gelugur dan buah tomato ke dalamnya. Bila telah kering, bolehlah diangkat.