Gulai Kupang Berlada

Ramuan / Bahan

300gm isi kupang
200gm nanas (hiris nipis)
250ml santan
5 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (titik) 10 tangkai cili padi (tumbuk)
2cm kunyit hidup (tumbuk)
10gm serbuk lada hitam
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur danlada hitam lalu dididihkan. Campurkan nanas dan garam hingga kuah menjadi pekat.