Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Biskut Ular Danu

Ramuan / Bahan

6 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar koko
3 sudu besar marjerin
4 sudu besar gula halus ½ sudu teh serbuk penaik
1 biji telur
½ sudu teh serbuk rempah campur

Cara-cara

Pukul marjerin dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul hingga kembang. Ayak tepung dan tepung penaik. Campurkan dengan rempah campur. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada empat bahagian. Warnakan tiga bahagian iaitu koko, merah dan hijau dan satu lagi bahagian ialah warna asal. Canaikan adunan yang berwarna asal kira-kira 1/2 inci tebal. Canai warna yang tiga lagi sama panjang dan kembarkan. Gulung adunan dengan tiga warna di dalamnya dan potong kira-kira 1/4 inci tebal dan bakar.